My Blog List

Thursday, June 28, 2012

Puding Karamel




Bahan-Bahan:

Gula 4 Sudu Besar (dicairkan atas api yg sgt perlahan)
5bji Telur
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Susu Cair
1 Cawan Air
Sedikit Esen Vanilla

Cara2:

Ambil loyang yg size kecik jek (bape size nye lupe la nak ukur..tpi agak2 la) jgn yg besar lak nanti karamel kowang berlubang kat tengah x lawo.Pastu masukkan gula dlm loyang tu (pastikan loyang aluminium yg tahan panaz)...cairkan atas api yg sgt perlahan smbil kacau smpai cair (jgn smpai hangit nanti pahit)..Bila gula dah cair..ketepikan..Pastu telur tadi dipukul bersama dgn susu pekat sampai sebati. Tak payah kembang sgt nanti karamel cam berbuih..pastu masukkan  susu cair , esen vanilla dan air kemudian kacau lagi smpai sebati semua bahan2 itu then leh lah panaskan kukus dan kukus la selama 45minit.Pas dah 45 minit tu biar sejuk sikit pastu masukkan dalam peti ais smpai agak dah sejuk pastu leh lah potong dan dimakan dlm keadaan sejuk lagi best.Senang je kan apa lagi JOM TORAI.

4 comments: